Saturday, July 17, 2010

aSk Less, Give More...

Aku balik malam td, aku terkejut bila ada post lam FB citer ttg kenaikan harga minyak nih.. walopn aku dh bajet yg minyak akan naik, Cuma aku terkejut bila tadak langsung cam kabar2 angin kedengaran.. pada aku ini 1 tindakan yg wajar Cuma dari segi jumlahnya adalah tidak begitu memuaskan.. kenaikan sebanyak 5sen akan menyebabkan aku hanya dapat 21 Liter petrol RON95 dgn harga RM40 yg mana kalo dulu aku akn dpt dalam 22.22 Liter.. satu liter mmg sikit kalo dilihat dari angka, tp amat besar bila meilbatkan sukatan.. disebabkan 1 liter jugak la dapat meningkatkan kadar perjalanan kita seharian.. ada yg mengatakan bahawa kenaikan ini akan mengalakkan rakyat berjimat cermat. Mmg betol, tp dari segi 1 sudut lak, minyak adalah keperluan asas bagi manusia utk bergerak.. pada kadar gaji yg masih rendah, kenaikan ni agak membebankan aku.. walopn kecil, tp impaknya besar.. memberikan alasan bahawa rakyat buleh mengunakan perkhidmatan awam adalah jawapan @ cadagan yg kurang bernas.. bukan suma tmpt mcm KL.. kat tepeng tadak LRT.. bas mini / transit pn tadak.. takkan nak gi kije naik teksi?? Kemudahan pengangkutan awam belum lg diperbaiki tp minyak dh naik.. spttnya, sediakan semua kemudahan sebaik mungkin , sekurang2nya 70% dari kadaran 100%.. kalo mcm tepeng ni, tahap kemudahan pengangkutan awam boleh di letakkan pada kadaran 5% kebawah.. buleh kira dgn jari bilangan bas yg lalu lalang..
Isu ttg subsidi ni telah dikomen oleh pelbagai pihak kalo ada yg rajin membaca Utusan Malaysia.. aku sgt2 bersetuju dgn komen2 dari kebanyakkan pengarang yg agak tak bersetuju dgn idea Malaysia akan bankrap dan isu pemberian subsidi.. hal ini sbb, bg glgn atasan, kenaikan ni tidak lah dirasai sgt.. tmbahan pula, bg yg berjawatan besar di mana2 organisasi, kebanyakkan minyak atau perbelanjaan mereka ditanggung oleh syarikat.. jadi, kadar pengunaan dalam pendapatan mereka ni masih kekal pada tahap yg selesa.. daripada menaikkan harga minyak, apa yg ptt dilakukan adalah :
1.       Semak semula kadar elaun bg ahli2 parlimen – sbb byk yg merapu dan buang masa.. malah ada yg tak attend pn ke parlimen bila persidangan berlangsung.. ada yg kata elaun ni akan digunakan pd rakyat, tp berapa ramai wakil rakyat yg buat demikian?

2.       Lawatan2 rasmi melibatkan organisasi tertentu mungkin perlu distruktur semula – tak payah la nak bawak satu kampong kalo gi overseas..

3.       Melalui duta2 diluar negara, arahkan mereka untuk mempromosikan progam perlancongan yg melibatkan Negara kita.. tak perlu la nk dipromosikan melalui kementerian yg berkenaan. – ni maksdnya meningkatkan tahap kecekepan.

Walopn tak sampai RM750 juta, tp ini tetap membantu.. kemudian, naikkan la kadar minyak kepada 1 @ 2 sen dan gula sebanyak 10sen. Maybe angka RM750 juta boleh menjadi RM800 juta dan lebih lg… kita ada banyak cerdik pandai dan pakar2 ekonomi.. jd, gunakan lah pendapat dan kajian mereka ni dalam merangka satu keputusan.. byk graduan2 yg bijak sana menganggur dan tak dapat memberikan idea2 mereka yg bernas.. ini kerana kadar penawaran pekerjaan adalah lebih rendah dari kadar penghasilan graduan.. maybe tahap umur pencen dari 58 wajar dikembalikan kepada 55 semula atau 50..
Pada tahap umur 48 tahun ke atas, tahap kecekapan dan keupayaan seseorang itu mungkin sudah mula berkurangan.. kursus dan latihan mungkin tidak relevan lagi pd mereka, jd berikan la kedudukan mereka kepada graduan2 agar dapat mempelbagaikan idea dan kreativiti dalam setiap organisasi.. skim pencen ini sepatutnya dikaji semula..
Lg satu yg aku agak lemah bila melihat adalah, kenapa perlu dibandingkan harga atau kedudukan dgn negara serantau atau negara2 lain?? Bila dibandingkan, mmg kadar yg kita nikmati adalah lebih rendah.. tp kita juga kena lihat dari sudut pendapatan perkapita negara2 berkenaan.. tidak wajar untuk membandingkan kerana jika kecekapan ditingkatkan, mungkin negara kita boleh jadi kayu pengukur kepada negara lain.. sbg contoh, mungkin kita buleh kekalkan tahap subsidi sekarang atau tambahkan lagi tahap subsidi dan pada masa yang masa kita dapat mengurangkan defisit kita.. mcm mana nak buat?? Ni la peranan “thinker” yg sepatutnya berfikir dalam organisasi.. jika yg berminat menjadi thinker, objektif ini mungkin boleh tercapai.. byk kaedah2 lain utk kurangkan defisit kita. Kita boleh gunakan perlancongan dan eksport barangan tempatan sbg satu medium utk tambahkan pendapatan negara. Kita sbg negara pengeluar minyak dan salah sebuah negara yg mengandungi ladang tebu terbesar bg menghasilkan gula tidak sepatutnya dibebankan dgn isu2 ini.. elakkan membanding tp piker mcm mana untuk kita bg lebih pada rakyat.. – “ask less, give more” .. benda ni rasional cuma adakah akan ada pihak2 yg mampu berfikiran jauh bg menjayakan kerasionalan ini..

0 comments:

Post a Comment