Tuesday, August 17, 2010

keHilangan..


Hari ini adalah hari yg agak menyedihkan bagi sebilangan staff di bank kerana kami telah kehilangan seorang pegawai  yg meninggal dunia akibat sakit kanser. Walopn dikenali dgn kegarangan dan panas barannya, tp dia cuma penah marah aku 2 kali je dan 1 tuh adalah bukan sebab salah aku pn.. aku ley paham nape dia marah2 org len, ni suma disbbkan oleh tekanan daripada kanser yg dia hadapi selama 7 tahun.. tp bg sebilangan staff, depa anggap dia ni kejam walhal kebanyakkan yg dia marah adalah silap depa gak.. ye la, dh keja berpuluh tahun, masih wat silap yg sama.. logik la kalo kena marah.. Cuma, maybe cara dia cam kasar la skit..
Sepanjang genap setahun aku berkerja dibawah dia, walopn setiap saat umpama menanti detik tepijak periuk api, tp dia sebenarnya orang yang baik.. dan dia sgt2 baik dgn aku.. sejak kali pertama aku jumpa dia, walopn byk crita2 negatif ttg dia, tp aku tak amek port dan aku cuba dekati dia.. aku ingt lg bila dia kata “dalam ramai2, u sorg je yg suka dtg dekat sama sy, u sorang jugak yg paham apa sy cakap”.. bak kata sebilangan staff, dia sayang kat aku.. huhuhu.. kekdang dia mai urut bahu aku, picit pale.. dan paling best bila part mc, aku cal je dia, mesti dia kata ok..
Dia gak selalu melawak nk jadik abang ipaq aku, slalu dok wat2 tanya ttg akak aku la.. huhuhu.. dia gak la orang pertama yg bagi aku angpau masa CNY tahun ni.. tak penah2 aku dapat angpau kot.. 2 minggu yg sudah, dia dh len skit bila mata sebelah kanan dia dah takleh bkak dan kaki dia slalu kebas2. Kesan kimoterapi.. minggu lepas, dia masuk Columbia.. aku ada cakap dkt officer len yg aku nak gi melawat dia, dan secara spontan, depa ada ajak gi skali.. dalam dok tangguh2 tuh, rupanya arini dia dah tadak.. terkilan gak la.. sedey sbb anak dia kecik2 lg.. dia penah citer kat aku, walopn dia kanser, tp dia tak penah nak moral down.. dia sentiasa ingat anak2 dia..
Dia banyak nasihat aku masa aku minta promotion untuk ke ITD tahun lepas.. dia gak la yg draft letter utk aku.. dan yg paling aku kecewa, sbb dia gak la yg asik tanya aku ttg result assestment PTD.. aku tak sempat nak gtau kat dia yg aku tak layak.. mlm ni, aku rasa cam nak gi, tp aku tak pasti sama ada aku ptt pegi atau pn tak..

0 comments:

Post a Comment