Tuesday, February 15, 2011

Melampau = Kasar ??


Mengikut terjermahan daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, melampau membawa definisi sebagai terlalu sgt @ berlebih-lebihan.. 


Ada yang berpendapat bahawa perkataan melampau adalah kasar.. Namun, perkataan ini digunakan di dalam hadith yg mana Rasullah telah bersabda dan membawa maksud

“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

Rujukan (Himpunan hadith dari JAKIM) : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=296

Sabda Rasulullah bmaksudnya: Drp Abi al-`Aliyah, katanya: Kata Ibn `Abbas Pada pagi `Aqabah (musim haji) RasululLah bsabda kpdku ketika berada atas kenderaannya:

Kutipkan utkku (batu2 kecil utk mlontar jamrah al-`Aqabah)“. Aku pun kutip batu2 kecil kesemuanya batu2 kecil sebesar biji kacang.

Apabila aku letaknya ke dlm tangannya, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dlm agama (al-Ghulu), krn sesungguhnya al-ghulu tlh mbinasakan mrk yg sebelum kamu.”

(Riwayat al-Nasa’i, Ibn Majah & Ahmad. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah)


Jadikah, adakah perkataan melampau ini “kasar” ?
Mengklasifikasikan sesuatu mengikut terjemahan hati & nafsu adlh merbahaya kerana kita dikurniakan akal untuk berfikir dan mencari sesuatu itu sebelum dituturkan oleh mulut.





   



   



Free Image Hosting

0 comments:

Post a Comment