Saturday, June 18, 2011

GrievanCe !!

Grievance atau dalam BM dia bermaksud penderitaan atau distress.. Dalam penjelasan yg lebih mudah adalah satu penyebab kepada ketidak puasan dalam melaksanakan pekerjaan yang mana perlu diambil tindakan seperti mengadu kepada pihak yang berkenaan.. 

Dulu, mende alah Grievance ni aku tau dgq je.. gelak2, senyum2.. haram apa pn tak paham.. tp sejak semenjak keja nih, dah dilantik menjadik Naib Presiden Kesatuan di tempat2 kije aku (undi ke 2 terbyk tuh), baru lah aku paham skit2..

Grievance ni boleh dilakukan atas apa2 saja alasan yg mana ia melibatkan kerja dan menjejaskan diri kita dalam melakukan pekerjaan berkenaan.. Pengaduan ni mesti lah dilakukan kepada pihak kesatuan (UNION) dan pihak HR majikan kita dalam masa yang sama.. kebiasaannya, dalam sesebuah organisasi, kita ada jawatan bkn kerani dan juga pengkeranian.. selalunya bg jwtn bukan kerani ni, depa ni adalah Eksekutif.. depa ni termaktub di bawah untuk2 syarikat manakala bagi jawatan pengkeranian pula, termaktud di bawah undang2 syarikat dan kesatuan yang mana mesti dipersetujui oleh kedua2 belah pihak.. jika ada percanggahan, perbicaraan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik boleh dilaksanakan..

Apa cth2 isu yang boleh membuatkan kita mem”file”kan Grievance : 

  • Keja lebey masa tp majikan tak bagi claim OT walhal organisasi ada menyediakan kemudahan bagi OT 
  • Pegawai mengunakan bahasa yang kasar terhdap kita dalam melaksanakan tugas cthnya mcm yg aku pnah kena officer ni mcm Tuhan u tau x??”..
  • Wujud campur tgn dalam melaksanakan tugas yang mana ia boleh menjejaskan fokus dan ketepatan dalam tugasan hingga menyebabkan bolehnya utk berlaku “error
Ini adalah sebilangan besar masalah yang dihadapi oleh aku & member aku aku kat tempat keja kami.. OT mmg tadak, dan disebabkan aku berjaya dapatkan Manager utk sign OT aku, skang ni aku dalam proses ditukarkan ke bahagian pinjaman.. tujuan pemindahan ni adalah utk membuang otai2 yang bersifat Robin Hood mcm aku ni agar staff2 baru bekerja mcm dibawah pentadbiran komunis.. 

Yg paling terjejas adalah bila pihak pegawai suka campur tgn bagi “melancarkan” urusan mengurusakan pelanggan yang mana ia boleh menyebabkan berlakunya kesalahan dalam pekerjaan.. Pegawai perlu campur tgn atas desakana ibu pejabat + bayaran lumayan bg “ex-gratiapd bulan 8 ni.. yang mana depa akan dapat lebey dari 2 bulan gaji walhal pengkeranian yg kerja mcm lembu nih, nk dpt sbulan gaji pn payah.. 

Aku sndri masih tak mahir dalam selok belok isu nih. Tp, dgn bantuan cawangan jiran aku ptg td, satu mesyuarat di antara IRC cawangan aku dan jiran, byk yg aku dapat belajar.. dari apa yang dijelaskan kepada aku td, Manager cawangan jiran aku dh pn diberikan cuti paksa oleh ibu pejabat hinggakan beliau merayu agar Grievance ini ditarik balik.

Dalam masa yang sama, Presiden kesatuan cawangan aku telah mem”bamboobos aku ptg tadi dalam meeting bersama staff tingkat atas.. aku terkejut apabila kak ni kata dekat bos “u nak grievance?” dan bos jwb “jgn sampei mcm tuh”… eheheh...
Tu tndanya mmg depa takutkan Grievance nih.. majikan akan kata kita ni calculative lah, jahat la, pemalas la.. tp pada aku, we give more than enough already.. we juz asked for our right only.. kami tak mintak lebey2 pn.. aku nak tgk apa reaksi muka Bos dan Asst Bos aku bila depa kena Grievance nnt.. 

Memandangkan bos dh kena sound tadik, aku harap management akan buka mata skit.. ini, siang cakap company kaya, leh claim.. tp bila nak claim, tak kasik.. cakap purposely buat keja lewat.. kalo dh Friday working hour sampei 4.45 ptg, what the h? nak kata purposely.. kije byk kot..
So, pada yang menjadik bos2 dan pegawai diluar sana, ingtlah, anda bukan saja kena patuh pada arahan majikan, tp anda juga kena menjaga kebajikan staff anda.. menghalang staff mendapat apa yang hak, mungkin akan menyusahkan anda di hari akhirat kelak..




   



Free Image Hosting

0 comments:

Post a Comment